INDIA
8H6M KASHMIR + AGRA + DELHI
KUALA LUMPUR - DELHI - SRINAGAR - SONAMARG - GULMARG - AGRA
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI
HARI 1: KUALA LUMPUR – DELHI (-/-/-)
- Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum berlepas.
- Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
- Berlepas ke Delhi dan tiba Indira Gandhi International Airport Delhi dan disambut oleh wakil Morza Travel.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI DELHI
HARI 2: DELHI – SRINAGAR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
- Bertolak ke Srinagar yang terletak di daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestic.
- Tiba di Srinagar dan makan tengahari di restoran halal tempatan
- Memulakan lawatan ke 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina Ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
- Lawatan ke Nishat Bagh iaitu sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake dan lawatan ke Shalimar Bagh Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”.
- Lawatan ke Carpet Weaving Factory untuk peserta melihat cara pembuatan karpet dari Kashmir yang ditenun secara tradisional.
- Daftar masuk Houseboat dan makan malam serta aktiviti bebas.
BERMALAM DI HOUSEBOAT SRINAGAR
HARI 3: SRINAGAR – SONAMARG (SP/MT/MM)
- Solat subuh dan sarapan pagi di houseboat
- Meneruskan perjalanan ke Sonamarg dan tiba di Sonamarg makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Memulakan lawatan ke pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yang menyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
- Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.Peserta boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas.
- Makan malam atas houseboat.
- Kembali ke houseboat dan aktiviti bebas
BERMALAM DI HOUSEBOAT SRINAGAR
HARI 4: SRINAGAR – GULMARG (SP/MT/MM)
- Solat subuh dan sarapan pagi di houseboat.
- Meneruskan perjalanan ke Sonamarg dan tiba di Sonamarg makan tengahari di houseboat.
- pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagaiMeadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 meter.
- Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar Ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan pada musim sejuk.
- Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Café iaitu dikenali rumah iglu.Maharani Temple yang dibina pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18.
- Kembali ke houseboat dan menuju ke hotel.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI SRINAGAR
HARI 5: SRINAGAR – DELHI – AGRA (SP/MT/MM)
- Solat subuh dan sarapan pagi di hotel serta daftar keluar hotel.
- Lawatan ke Shikara Ride dengan merasai pengalaman menaiki sampan dari penginapan houseboat.
- Lawatan ke Dal Lake terkenal tasik yang luas dan pelbagai jenis houseboat yang unik terdapat di tasik. Peserta boleh berhenti sekejap.Terdapat ada taman dan kebun sayur terapung.
- Makan tengahari di restoran tempatan.
- Meneruskan perjalanan ke Delhi dengan menaiki penerbangan domestic.
- Tiba di Delhi dan meneruskan perjalanan ke Agra menaiki bas untuk menuju ke Agra.
- Tiba di Agra dan malam malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI AGRA
HARI 6: AGRA – DELHI (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
- Meneruskan lawatan di Agra.
- Lawatan ke Taj Mahal merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan
- Lawatan ke Agra Fort sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi.Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini.
- Bertolak ke Delhi dan makan malam di restoran tempatan.
- Tiba di Delhi dan Daftar masuk hotel.
BERMALAM DI DELHI
HARI 7: DELHI – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
- Meneruskan lawatan di Delhi.
- Lawatan ke India Gate merupakan sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi. Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini.
- Lawatan ke Raj Ghat memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India.
- Lawatan dan solat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan empayar Islam di India pada zaman Mughal.
- Makan tengahari di restoran tempatan.
- Meneruskan lawatan ke Qutub Minar ia merupakan menara yang dibina di atas runtuhan kota Lai Kot dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam.
- Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace, Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Meneruskan perjalanan ke Indira Gandhi International Airport Delhi untuk pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 8: KUALA LUMPUR
- Tiba di Kuala Lumpur & urusan bagasi dan imigresen.
- Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Kashmir,Agra dan Delhi. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai teman perjalanan anda.
PAKEJ STANDARD
Penerbangan
MALAYSIA AIRLINES
Penginapaan
Tarikh Berlepas
21-05-2025
25-06-2026
Harga Pakej
MORZA DEALS! JIMAT RM 100
DEWASA
BER2 / BER3
RM 5,090
RM 5,190
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
RM 4,990
RM 5,090
KANAK2
BERKATIL
RM 4,990
RM 5,090
KANAK2
TANPA KATIL
RM 4,790
RM 4,890