CHINA
6H4M BEIJING
KUALA LUMPUR - BEIJING
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI
HARI 1: KUALA LUMPUR – BEIJING (-/-/-)
- Berkumpul di KLIA 4 Jam sebelum berlepas
- Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
- Berlepas ke Beijing
BERMALAM DI ATAS KAPAL TERBANG
HARI 2: BEIJING (SP/MT/MM)
- Tiba di Beijing Daxing International Airport dan disambut oleh wakil kami di sana.
- Sarapan pagi di restoran halal tempatan
- Memulakan lawatan ke Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Lawatan ke Water Cube merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.Peserta juga boleh bergambar di sini.
- Lawatan dan bersiar-bersiar ke Olympic Village dan berfoto dengan pelbagai jenis mural dan monumen yang berkaitan Olimpik yang dihasilkan ketika kejohanan berlangsung.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 3: BEIJING – SHOPPING (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi (early breakfast) di hotel
- Meneruskan lawatan ke Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah.
- Lawatan ke Forbidden City merupakan Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming.
- Solat di masjid yang tertua di Beijing iaitu Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli belah di Muslim Supermarket dimana para peserta boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus,sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
- Meneruskan lawatan ke Acrobatic Show untuk menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di waktu petang.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Pulang ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 4: BEIJING (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi(early breakfast) di hotel
- Meneruskan lawatan ke Great Wall of China ia merupakan tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km.
- Lawatan ke Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
- Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli belah dan bersiar-siar di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan.
- Membeli-belah di Beijing Mall dan Beijing Department Store
- Makan malam di restoran halal tempatan
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 5: BEIJING (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi(early breakfast) di hotel
- Meneruskan lawatan ke Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
- Solat di masjid lama Fayuan Mosque, yang dibina ratusan tahun dahulu oleh Dinasti Qing.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
- Lawatan ke The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 6: BEIJING - KUALA LUMPUR (SP/-/-)
- Daftar keluar hotel dan sarapan pagi di hotel
- Bertolak ke Bejing Daxing International Airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
- Urusan pasport dan berlepas ke Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur
- Aktiviti tamat bersama kenangan indah di Beijing, terima kasih kerana memilih Morza Travel sebagai teman perjalanan anda.
PAKEJ STANDARD
Penerbangan
MALAYSIA AIRLINES
Penginapaan
Maklumat Hotel
Beijing Olive Tree Holiday atau setaraf | 4 Malam
Tarikh Berlepas
10-07-2025
27-08-2025
05-09-2025
17-10-2025
Harga Pakej
MORZA DEALS! JIMAT RM 100
DEWASA
BER2 / BER3
RM 3,870
RM 3,970
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
RM 3,770
RM 3,870
KANAK2
BERKATIL
RM 3,670
RM 3,770
KANAK2
TANPA KATIL
RM 3,270
RM 3,370