0 %
6H5M JEJAK WALI SONGO
INDONESIA

6H5M JEJAK WALI SONGO

KUALA LUMPUR - SURABAYA - TUBAN - KUDUS - SEMARANG - CIREBON - JAKARTA
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI

HARI 1: KUALA LUMPUR – SURABAYA (-/MT/MM)

  • Berkumpul di KLIA 4 Jam sebelum berlepas.
  • Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
  • Berlepas ke Surabaya dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda dan di sambut oleh wakil kami di sana.
  • Peserta akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari
  • Lawatan diteruskan dengan melawat ke Monkasel atau dikenali dengan Monumen kapal selam.
  • Meneruskan lawatan ke Masjid Cheng Ho yang mempunyai senibina seperti Masjid Niu Jie di Beijing.
  • Lawatan ke Makam Sunan Ampel yang merupakan salah satu dari 9 Wali Songo yang terkenal dalam menyebarkan Islam di Pulau Jawa.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI SURABAYA

HARI 2: SURABAYA – TUBAN – KUDUS (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Makam Sunan Giri atau dikenali dengan nama Raden Paku Muhammad Ainul Yakin salah satu daripada 9 walisongo yang menyebarkan ajaran Islam di daerah Jawa Timur.
  • Seterusnya lawatan ke makam Maulana Malik Ibrahim atau dikenali dengan Sunan Gresik yang merupakan orang pertama yang menyebarkan agama islam di tanah jawa.
  • Peserta akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari.
  • Meneruskan perjalanan ke Lamongan dan melawat Makam Sunan Drajat atau dikenali dengan nama Syarifuddin atau Raden Qosim anak kepada Sunan Ampel. Beliau sering memerhatikan nasib kaum fakir miskin dan beliau berhasil menciptakan kehidupan rakyatnya makmur.
  • Peserta akan di ke Tuban dan melawat makam Sunan Bonang atau diberi nama Raden Maulana Makdum Ibrahim dikenali sebagai penyebar Islam yang menguasai ilmu fikih, ushuluddin, tasawuf, seni, sastra, arsitektur, dan ilmu silat.
  • Peserta di bawa ke daerah Kudus dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI KUDUS

HARI 3: KUDUS - SEMARANG (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Makam Sunan Kudus yang diberi nama Ja’far Shadiq adalah ulama dan panglima perang Kesultanan Demak yang termasuk dalam anggota dewan Wali Songo.
  • Lawatan ke Masjid Kudus merupakan salah satu Masjid tua di Pulau Jawa yang menjadi saksi sejarah terjadinya akulturasi antara kebudayaan Jawa, Hindu, dan Islam.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Lawatan ke Makam Sunan Muria atau Raden Umar Said dikenali sebagai tokoh yang menyebarkan agama Islam di daerah Gunung Muria, pantai utara Jepara.
  • Menuju ke Semarang dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas

BERMALAM DI SEMARANG

HARI 4: SEMARANG – CIREBON (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta akan dibawa ke Demak untuk mengunjungi Makam Sunan Kalijaga diberi nama Raden Said yang merupakan seorang ulama yang sangat bijak di dalam menganalisis masalah dakwah.
  • Makan tengahari di restoran tempatan
  • Lawatan ke Masjid Agung Demak yang telah dibangunkan oleh Sunan Kalijaga.
  • Menuju ke Cirebon dan makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI CIREBON

HARI 5: CIREBON - JAKARTA (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta akan dibawa ke Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah merupakan seorang ulama dan kesatria di Jawa Barat. Dirinya berhasil menakluki Kerajaan Hindu Pajajaran dan mendirikan dua kerajaan Islam, iaitu Banten dan Cirebon.
  • Peserta akan dibawa ke Jakarta dan makan tengahari restoran tempatan.
  • Lawatan ke Masjid Istiqlal yang merupakan Masjid terbesar di asia Tenggara.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI JAKARTA

HARI 6: JAKARTA – KUALA LUMPUR (SP/-/-)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan ke Jakarta City Tour ke Monas yang merupakan tugu peringatan di Jakarta dan terletak di tengah bandar Jakarta.
  • Membeli belah di Thamrin City Mall untuk di bawa pulang ke Malaysia.
  • Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di Kuala Lumpur, urusan bagasi dan imigresen.
  • Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Indonesia. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai teman perjalanan anda.

PAKEJ STANDARD
  Penerbangan
AIR ASIA | BATIK AIR
  Penginapaan
   

  Tarikh Berlepas

23-07-2025

18-10-2025

17-12-2025

  Harga Pakej

MORZA DEALS!     JIMAT RM 200
DEWASA
BER2 / BER3

RM 2,770

RM 2,970

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

RM 2,670

RM 2,870

KANAK2
BERKATIL

RM 2,670

RM 2,870

KANAK2
TANPA KATIL

RM 2,470

RM 2,670

Kenapa Perlu Pilih Kami ?

100% Muslim
Bumiputera

Harga Diskaun
untuk Warga Emas

Pilihan Pakej Bajet
Standard dan Upgrade

Pilihan
Restoran Muslim

Ketua Rombongan
Berpengalaman

Penjagaan
Waktu Solat

Pilihan Hotel
Mengikut Pakej Pilihan

Pengangkutan
Yang Selesa

Ahli Berdaftar
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Tourism Malaysia
MATTA
PAPUH