0 %
CHINA

7H6M CHANGSA + CHANGDE + FENGHUANG + ZHANGJIAJIE

 HARI 1: KUALA LUMPUR – CHANGSHA – CHANGDE (-/MT/MM)

  • Berkumpul di KLIA 3 Jam sebelum berlepas.
  • Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
  • Berlepas ke Changsha dan tiba di Changsha Huanghua International Airport dan disambut oleh wakil Morza Travel.
  • Memulakan perjalanan ke Changde dengan menaiki bas selama 2 jam 50 minit.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Solat zohor di Masjid Changde.
  • Lawatan ke Changde Poem Wall adalah sebuah tembok puisi yang Panjang terletak di sepanjang Sungai Yuanjiang di bandar Changde.
  • Berjalan-jalan ke Daxiaohe Street sambil menikmati kecantikan sungai Yuanjiang.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI CHANGDE

HARI 2: CHANGDE – FENGHUANG (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Bandar lama yang cantik di Fenghuang dengan menaiki bas selama 3 jam 50 minit.
  • Lawatan ke East Gate Tower yang merupakan  sebuah menara yang mempunyai 9 lubang pistol di atas pintu pagar.
  • Lawatan ke North Gate City Tower terletak di tebing selatan Sungai Tuojiang di utara Fenghuang Ancient City. Ia pada mulanya dibina pada tahun 1556 semasa Dinasti Ming.
  • Lawatan ke Shawan Scenery yang terletak di luar Menara East Gate City, dipuji sebagai landskap paling elit di Fenghuang Ancient City.
  • Lawatan ke Hongqiao Art Building yang mana mempunyai senibina bangunan yang unik.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Lawatan ke Tuojiang River yang merupakan tasik tercantik di Fenghuang dan peserta boleh merasai pengalaman manaiki cruise.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI FENGHUANG

HARI 3: FENGHUANG – ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Morong Miao Village yang merupakan sebuah Kampung Miao dengan adat resam orang kaya. Morong Miao Village juga dikenali sebagai "Little Thousand Households" di barat Hunan.
  • Lawatan ke Furong Town antara salah satu bandar purba yang cantik serta mempunyai pemandangan air terjun yang cantik.
  • Meneruskan perjalanan ke Zhangjiajie selama 2 jam 50 minit.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Lawatan ke 72 Tujia Stilted Building yang merupakan bangunan tujia tertinggi dengan senibina bangunan yang unik dan cantik.
  • Membeli belah di Food Street.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI ZHANGJIAJIE

HARI 4: ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Tianmen Mountain dengan menaiki kereta kabel yang terpanjang dan pantas di dunia.
  • Lawatan dan bersiar-siar di 99 pusingan ular dan 999 langkah ke Gua Tianmen.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Lawatan ke Grand Canyon iaitu jambatan kaca bagi peserta merasai pengalaman berjalan atas jambatan kaca.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI ZHANGJIAJIE

HARI 5: ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan dan bersiar siar di Golden Whip Stream iaitu tempat bersiar yang terkenal dengan air yang bersih dan gunungnya menghijau.
  • Lawatan ke Yuanjiajie dengan menaiki Bailong Elevator iaitu lif luar yang tertinggi di dunia untuk melihat keindahan taman belakang, Mihun Stage jambatan pertama di dunia dan Gunung Haleluya.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Lawatan ke Emperor Mountain untuk bersiar-siar di Taman Helong.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI ZHANGJIAJIE

HARI 6: ZHANGJIAJIE – CHANGSAI – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta akan dibawa ke Changsai dengan menaiki bas selama 4 jam.
  • Solat di Masjid Chagsai dan makan tengahari di restoran tempatan.
  • Lawatan ke Juzizhou Islet.
  • Membeli belah di Huangxing Road Walking Street.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Peserta akan dibawa ke Changsha Huanghua International Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di Kuala Lumpur dan urusan bagasi serta imigresen.
  • Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Changsha. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai sahabat pelancongan anda.

  HARGA

CADANGAN HOTEL:
CHANGDE:
TANG'S HOTEL OR SIMILAR CLASS
FENGHUANG: PHOENIX GRAND HOTEL OR SIMILAR CLASS
ZHANJIAJIE: DUZENG HOTEL OR SIMILAR CLASS

HOTEL

15–19 PAX

20-24 PAX

25–29 PAX

30 PAX +

SINGLE

4 STAR HOTEL

RM 2195

RM 2065

RM 2015

RM 1965

+RM 450

Kenapa Perlu Pilih Kami ?

100% Muslim
Bumiputera

Harga Diskaun
untuk Warga Emas

Pilihan Pakej Bajet
Standard dan Upgrade

Pilihan
Restoran Muslim

Ketua Rombongan
Berpengalaman

Penjagaan
Waktu Solat

Pilihan Hotel
Mengikut Pakej Pilihan

Pengangkutan
Yang Selesa

Ahli Berdaftar
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Tourism Malaysia
MATTA
PAPUH