CHINA
7H6M BEIJING XIAN MUSLIM TOUR
HARI 1: KUALA LUMPUR – BEIJING (-/MT/MM)
- Berkumpul di KLIA 3 Jam sebelum berlepas
- Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
- Berlepas ke Beijing dan tiba di Daxing International Airport Beijing dan disambut oleh wakil Morza Travel.
- Memulakan lawatan ke Tiananmen Square iaitu dikenali dengan dataran yang terbesar di dunia.
- Meneruskan lawatan ke Forbidden City iaitu istana yang terletak di pusat bandar raya Beijing yang dibina atas titah maharaja Dinasti Qing dan Dinasti Ming.
- Solat dan makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Meneruskan lawatan dengan menyaksikan persembahan yang penuh dengan illusi mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 2: BEIJING (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
- Meneruskan lawatan ke Great Wall of China yang merupakan tembok besar China yang dibina semenjak abad ke-3 SM sehingga abad ke-17 Masihi sebagai tembok yang menggerunkan.
- Peserta akan dibawa ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan iaitu salah satu tembok besar yang dibangun pada Dinasti Ming
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Lawatan ke Burning Cream Center iaitu pusat pengeluaran krim herba China yang boleh merawat masalah kulit seperti gatal, jangkitan kulat dan luka.
- Membeli belah di Herbal Medicine Center
- Meneruskan lawatan ke Beijing Olympic Park iaitu sebuah kompleks terbesar di China yang mempunyai ciri-ciri ikonik di dalamnya seperti seperti Bird’s Nest, Water Cube dan Olympic Tower.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 3: BEIJING – XIAN BY BULLET TRAIN (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
- Lawatan ke Summer Palace iaitu dikenali dengan taman diraja yang terpelihara serta mempunyai pemandangan yang indah dan sejarah budayanya.
- Membeli belah di Jade Shop iaitu pusat barang murah.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Peserta akan bertolak ke Xian dengan menaiki kereta api Bullet Train.
- Tiba di Xian dan disambut oleh wakil Morza travel.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI XIAN
HARI 4: XIAN (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Meneruskan lawatan ke Museum of the Qin Terracotta Warriors and Horses salah satu pusat arkeologi terbesar di dunia.
- Lawatan ke Three-Color Ceramic Factory untuk mengetahui proses pembuatan terakota.
- Singgah solat di Great Mosque salah satu masjid tertua dan terbesar di China.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Lawatan dan sesi bergambar di Bell & Drum Tower Square.
- Membeli belah di Muslim Quarter atau juga dikenali pasar arab yang mana dipenuhi pelbagai makanan halal.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI XIAN
HARI 5: XIAN (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
- Lawatan ke Xi’an Museum dan Small Wild Goose Pagoda.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan dan singgah solat di Local Mosque.
- Meneruskan lawatan ke Ancient City Wall iaitu binaan pertama yang dibina sejak zaman Dinasti Ming yang mana telah menjadi symbol utama Xian.
- Peserta dibawa ke North Square of Big Wild Goose Pagoda pada sebelah petang untuk melihat keindahan air pancut terbesar di Asia yang diiringi Bersama dengan muzik.
- Lawatan ke Grand Tang Dynasty Ever Bright City dan rasai pengalaman yang indah di kota pada waktu malam.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI XIAN
HARI 6: XIAN - BEIJING (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel
- Peserta akan dibawa pulang ke Beijing dengan menaiki Bullet Train.
- Tiba di Beijing akan disambut oleh wakil pengiring Morza Travel.
- Solat dan makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli belah di Hongqiao Market sebuah kompleks membeli belah yang juga terkenal dengan barangan hiasan permata dan terdapat juga barangan-barangan lain.
- Lawatan dan membeli belah di Wangfujing Shopping Street yang merupakan pusat beli belah No 1 di china.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Pulang ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI BEIJING
HARI 7: BEIJING – KUALA LUMPUR (SP/-/-)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
- Peserta akan dibawa ke Daxing International Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
- Tiba di Kuala Lumpur dan urusan bagasi serta imigresen.
- Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Beijing. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai sahabat pelancongan anda.
HARGA
CADANGAN HOTEL:
BEIJING - LANWAN INTERNATIONAL HOTEL
XIAN - HOLIDAY INN EXPRESS
15 – 19 PAX |
20-24 PAX |
25 – 29 PAX |
30 ABOVE |
SINGLE |
|
4 STAR HOTEL |
RM 2955 |
RM 2755 |
RM 2655 |
RM 2560 |
+RM 640 |