0 %
5H4M TAIPEI + ALISHAN + SUN MOON LAKE
TAIWAN

5H4M TAIPEI + ALISHAN + SUN MOON LAKE

KUALA LUMPUR - TAIPEI - CHIAYI - ALISHAN - NANTOU - YEHLIU
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI

HARI 1: KUALA LUMPUR – TAIPEI – TAICHUNG – CHIAYI (-/-/MM)

  • Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.
  • Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
  • Berlepas ke Taipei dan tiba di Taiwan Taoyuan International Airport dan disambut oleh wakil kami.
  • Meneruskan lawatan city tour di sekitar Taichung.
  • Lawatan ke Gaomei Wetlands iaitu salah satu tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk beriadah di kawasan pantai. Peserta juga boleh bergambar semasa matahari terbenam di Gaomei Wetland.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI CHIAYI

HARI 2: CHIAYI – ALISHAN (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi (early breakfast) di hotel.
  • Lawatan ke Alishan National Scenic Area iaitu kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang yang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun.
  • Peserta seterusnya bergerak ke Tea Experience Centre yang mana mereka dapat pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan.
  • Lawatan ke Chukou Visitor Centre untuk menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu.
  • Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI CHIAYI

HARI 3: CHIAYI - NANTOU – TAIPEI (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Meneruskan perjalanan ke Nantou dan memulakan lawatan ke Xiangshang Visitor Centre iaitu sebuah bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi.
  • Peserta juga dapat menikmati dan mangambil gambar pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
  • Peserta dibawa menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran untuk melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk matahari.
  • Membeli belah di Ximending Night Market yang terletak di Kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan mendapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI TAIPEI

HARI 4: TAIPEI - YEHLIU (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Yehliu Geopark iaitu Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan.
  • Lawatan ke Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi. Peserta boleh merasai bergambar dengan viewpoint laut yang cantik.
  • Makan tengahari di restoran halal tempatan.
  • Lawatan ke Taiwan Cultural & Creative Arts Centre yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
  • Singgah solat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan dibina pada tahun 1948.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI TAIPEI

HARI 5: TAIPEI – KUALA LUMPUR (SP/-/-)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan. Di sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
  • Lawatan ke Shilin Residence Garden iaitu taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar.
  • Peserta akan dibawa ke Taiwan Taoyuan International Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di kuala Lumpur & urusan bagasi dan imigresen.
  • Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Taiwan. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai teman perjalanan anda.

PAKEJ STANDARD

  Tarikh Berlepas

22-05-2025

18-07-2025

  Harga Pakej

MORZA DEALS!     JIMAT RM 200
DEWASA
BER2 / BER3

RM 3,870

RM 4,070

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

RM 3,770

RM 3,970

KANAK2
BERKATIL

RM 3,770

RM 3,970

KANAK2
TANPA KATIL

RM 3,670

RM 3,870

Kenapa Perlu Pilih Kami ?

100% Muslim
Bumiputera

Harga Diskaun
untuk Warga Emas

Pilihan Pakej Bajet
Standard dan Upgrade

Pilihan
Restoran Muslim

Ketua Rombongan
Berpengalaman

Penjagaan
Waktu Solat

Pilihan Hotel
Mengikut Pakej Pilihan

Pengangkutan
Yang Selesa

Ahli Berdaftar
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Tourism Malaysia
MATTA
PAPUH