THAILAND
5H4M PHUKET KRABI HATYAI (DARI RP)
RANTAU PANJANG - PHUKET - KRABI - HATYAI
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI
HARI 1: BORDER RANTAU PANJANG – PHUKET (-/-/MM)
- Berkumpul di Kompleks ICQS Rantau Panjang jam 5.00 petang untuk urusan imigresen Malaysia dan Thailand.
- Selepas selesai urusan passport, bertolak menaiki van atau bas persiaran menuju ke Phuket.
- Makan malam di restoran @ R&R.
BERMALAM DI VAN/BAS
HARI 2: PHUKET (SP/MT/MM)
- Tiba di Phuket pada awal pagi dan menunaikan solat Subuh di salah satu masjid tempatan di Phuket.
- Sarapan pagi di restoran halal tempatan.
- Lawatan ke Kilang Pemprosesan Kacang Gajus, Kilang Proses Batu Mutiara, Pusat Permata (Gems Jewellery), dan kedai T-Shirt cenderamata.
- Makan tengahari di restoran halal dan solat Zohor.
- Daftar masuk hotel dan rehat seketika.
- Melawat Perkampungan Nelayan Rawai, sebuah kawasan terpencil yang menawarkan keindahan asli perkampungan pantai Thailand.
- Meneruskan bergerak ke Tanjung Phrom (Promthep Cape) – lokasi paling popular untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Di sini peserta boleh bergambar kenangan berlatar belakangkan laut Andaman.
- Melawat Hard Rock Café Phuket..
- Lawatan ke Patong Beach – kawasan tumpuan pelancong dengan pantai sepanjang hampir 3km yang meriah dengan pelbagai aktiviti dan hiburan malam.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI PHUKET
HARI 3: PHUKET - PHANG NGA - KRABI (SP/MT/MM)
- Solat Subuh daftar keluar hotel dan sarapan pagi.
- Bertolak ke Phang Nga Bay, terkenal dengan keindahan tebing batu kapur dan air laut yang hijau jernih.
- Aktiviti menaiki bot tradisional ke Pulau Panyee.
- Tiba di Pulau Panyee – sebuah perkampungan nelayan Muslim yang dibina sepenuhnya di atas air. Peserta boleh melawat masjid terapung, membeli cenderamata, serta menikmati keunikan kampung air terapung yang dibina di atas air oleh komuniti nelayan Muslim.
- Makan tengahari dan solat di masjid.
- Membeli-belah di Pulau Panyee.
- Bertolak ke Krabi.
- Singgah di Pantai Aonang, iaitu pantai popular dengan pemandangan menakjubkan dan suasana yang hidup.
- Peserta akan dibawa ke pasar malam Krabi (Krabi Night Market) untuk membeli-belah barangan tempatan.
- Makan malam di restoran halal tempatan
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI KRABI
HARI 4: KRABI – HATYAI (SP/MT/MM)
- Solat Subuh daftar keluar hotel dan sarapan pagi.
- Bertolak ke Hatyai.
- Dalam perjalanan, singgah di Trang – terkenal dengan pelbagai jenis kek tempatan. Peserta boleh membeli kek sebagai ole-ole.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan dan solat zohor.
- Tiba di Hatyai.
- Tiba di Hatyai, aktiviti membeli-belah bermula di beberapa lokasi menarik: Nora Plaza (barangan berjenama murah), OTOP (barangan buatan tempatan), dan Big Bee Garden (produk madu asli).
- Lawatan ke Floating Market Khlong Hae (Pasar Air) yang menarik perhatian pelancong dengan suasana tradisional dan jualan dari sampan.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI HATYAI
HARI 5: HATYAI – RANTAU PANJANG (SP/MT/-)
- Solat Subuh daftar keluar hotel dan sarapan pagi.
- Daftar keluar hotel.
- Sarapan pagi di restoran halal tempatan.
- Melawat Chang Puak Elephant Camp dikenali sebagai taman gajah di Hatyai.
- Kemudian, lawatan ke Masjid Krue Se (Masjid Kerisik) – antara masjid tertua di Asia Tenggara dengan sejarah yang unik.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan dan solat zohor.
- Bertolak pulang ke sempadan Rantau Panjang.
- Tiba di Kompleks ICQS Rantau Panjang dan aktiviti tamat
- Tiba di Rantau Panjang. Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Thailand.
- Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai teman perjalanan anda.
HARGA
Lawatan pilihan:
Snorkeling 4 pulau : RM 140
MUSIM BIASA
Penerbangan
VAN | BAS
Penginapaan
Tarikh Berlepas
26-06-2025
28-08-2025
25-09-2025
Harga Pakej
MORZA DEALS! JIMAT RM 200
DEWASA
BER2 / BER3
RM 1,170
RM 1,370
W/EMAS
> 55 TAHUN
RM 1,170
RM 1,370
KANAK2
BERKATIL
RM 1,120
RM 1,320
KANAK2
TANPA KATIL
RM 970
RM 1,170